Perak Hari Ini

Manifesto PH Tak Ada ‘Pembaharuan’

AYER TAWAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam seolah tidak mempunyai pembaharuan sebaliknya segala janji itu dikhuatiri akan berubah dengan pelbagai alasan yang akan diberikan kelak.

Katanya, menjadi kebiasaan pihak pembangkang membentangkan manifesto khusus bagi tujuan menarik perhatian rakyat dan seperti meneruskan apa yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan selama ini.

“Paling penting rakyat harus percaya apa yang mereka ingin sampaikan soal sama ada mereka ingin laksanakan atau tidak adalah perkara kedua dengan pelbagai alasan nanti.

“Contoh penghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), peringkat awal boleh katakan begitu namun nanti mereka boleh cakap kerajaan dulu telah laksanakan kita nak ubah balik pastinya ada alasan sebegitu.

“Selama ini mereka beria-ria benar untuk melihat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dihapuskan dan menganggap ia dedak tapi hari ini hujahnya mereka akan laksanakan BRIM mengikut pendekatan lain,”katanya kepada media selepas hadir pada kenduri rakyat di Kampung Teluk di sini hari ini.

Beliau terdahulu hadir pada majlis perasmian Bangunan empat Bilik Darjah Sekolah Rendah Telaga Nenas di sini hari ini.

Kata Zambry, pendekatan yang dilaksanakan kerajaan kini sememangnya sudah sesuai dan bertepatan dengan keadaan ekonomi dan sosial negara serta lebih realistik.

“Nak hapuskan hutang peneroka Felda, subsidi petrol bersasar mereka tahu pergerakan harga minyak dunia memberikan kesan besar oleh kerana itu kerajaan bertindak mengampungkan harga yang pastinya tidak akan memberikan kesan besar dari segi pergerakan untuk mengelakkan inflasi.

“Mereka agak berhati-hati juga memberikan sesuatu tetapi kebanyakkannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional, seperti sistem gaji minimum telah dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Katanya, manifesto itu bukanya sesuatu yang segar dan baru tetapi lebih kepada apa yang dilaksanakan BN dan sekadar ditambah baik.

“Kalau gula terlampau banyak orang tak suka juga ..Berhati-hati buat manifesto,” katanya dalam nada gurauan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");