Membawang Hari Ini

Murung Selepas Bercerai, Mimi Fly Sibukkan Diri

SIAPA sangka sangka disebalik kelincahan dan senyum tawanya, Mimi Fly yang juga merupakan anggota kumpulan One Nation Emcee menyimpan cerita dukanya yang tersendiri.

Ramai yang tidak tahu, selepas perkahwinannya dan suami, Mohd Firdaus Hajar, berakhir hujung tahun lalu, Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norhisham telah mengalami kemurungan teruk.

Keadaan itu membuatkan penyanyi tinggi lampai ini lebih suka bersendiri dan mengelakkan daripada berjumpa orang ramai.

Bagaiamanapun, kata Mimi, selepas beberapa ketika, dia mulai sedar hidupnya perlu diteruskan meski apa pun yang sedang dilaluinya.

“Lama kelamaan, baru saya sedar hidup perlu diteruskan. Saya menangis keluar air mata darah sekalipun tidak akan mendatangkan sebarang faedah.

“Kalau saya layan sangat perasaan, semua jadi tak kena. Nak berkarya pun susah. Jadi, saya kumpul kekuatan bertemu rakan-rakan untuk berbincang mengenai kerja demi menyibukkan diri.

“Alhamdulillah, kesibukan berjaya membuatkan saya lupa tentang perkara lalu dan sedikit demi sedikit, emosi semakin stabil,” katanya kepada sebuah portal hiburan lapor Sinar Harian

Bangkit kembali untuk membina semangat baru, Mimi bakal tampil dengan single terbarunya, Superfly, yang juga merupakan projek nyanyiannya secara solo.

Pun begitu, penampilannya solonya ini bukanlah bermaksud One Nation Emcee telah berpecah, tetapi lebih kepada projek istimewa, sementara mengisi masa di saat dua lagi anggotanya Jojo dan Zydee terikat dengan komitmen peribadi masing-masing.

“Single solo ini saya hasilkan sendiri bersama-sama tiga lagi karyawan muzik iaitu Shazee Ishak, Omar K dan Audi Mok.

“Muzik video pun sudah dimuat naik di YouTube pada pertengahan bulan lalu dan setakat ini mendapat sambutan baik pendengar,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");