Perak Hari Ini

NCIA Bantu Promosi Royal Belum

GERIK:Pelaksanaan projek pembangunan wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor (BTTR) merupakan salah satu langkah berkesan dalam mempromosikan produk pelancongan Royal Belum serta membolehkan aktiviti pelancongan di kawasan sekitar untuk ditingkatkan dan dikomersialkan.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq berkata pembinaan hentian Royal Belum Amanjaya yang berjumlah RM20.4 juta itu telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran pelancong sehingga 200 peratus sepanjang tahun 2010 hingga 2017.

“Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor (BTTR) ini menjadi tarikan utama di wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilaksanakan menerusi kajian yang dijalankan di setiap lokasi yang berbeza.

“Kita memerlukan perincian yang tepat terhadap lokasinya yang berhampiran kawasan lereng bukit, termasuk pembinaan tapak kem (base camp) di tiga lokasi di sini yang menelan belanja RM4.7 juta,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Hentian Royal Belum Amanjaya di Tasik Temengor Pulau Banding di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Hentian Royal Belum Amanjaya di Pulau Banding di sini hari ini.

Turut berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim,Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk, Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq serta barisan exco kerajaan negeri.

Tambah Redza, inisiatif yang dijalankan pihak NCIA juga turut memastikan warga orang asli dapat menikmati limpahan ekonomi dengan kemasukan pelancong menerusi program latihan khas bagi memberi peluang ekonomi,pekerjaan dan perniagaan kepada mereka.

“Pembangunan mampan perlu diberi keutamaan di sini serta menjadi agenda utama diterapkan bagi tiga lokasi seperti tapak kem di Sungai Kejar, Sungai Papan dan Sungai Tiang yang mempunyai tarikan tersendiri dan keunikan masing-masing.

“Banyak tarikan yang disediakan di sini seperti Raflesia, Gajah, house boat, kepelbagaian spesis ikan dan untuk ke setiap kem perlu menaiki bot sahaja,” katanya.

Jelasnya lagi, NCIA memberikan latihan khusus kepada penduduk setempat supaya boleh turut serta merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");