Jenayah

Pendaki Jumpa Bom Zaman Jepun Di Gunung Kerunai

GERIK: Sekumpulan 15 pendaki gunung dari Kelab Kelantan Haiking Crew (Kelate Hiking Crew) menemui sebutir bom lama ketika dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Kerunai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata bom lama zaman Jepun yang tertanam di laluan tengah trek pendakian berhampiran puncak gunung itu ditemui seorang daripada pendaki pada 5 petang.

“Apabila tiba di kaki gunung, pendaki berkenaan telah memaklumkan kepada orang kampung dan membuat laporan polis pada 6.10 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini lapor Bernama.

Beliau berkata susulan laporan polis itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah pergi ke lokasi penemuan hari ini.

“Bom itu diletupkan pada 12.30 tengah tadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");