Isu Panas

Umno Cabar Kit Siang Pertahan Kerusi Gelang Patah

GELANG PATAH – Umno Bahagian Gelang Patah mencabar Ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang supaya terus mempertahankan kerusinya pada PRU14 nanti.

Ketuanya, Mohammad Khairi A Malik mendakwa, sepanjang tempoh lima tahun, Penasihat DAP itu langsung tidak membantu pengundi di situ.

“Beliau banyak memberi tumpuan di luar kawasan Gelang Patah sedangkan sebagai Ahli Parlimen, beliau sepatutnya boleh mengangkat pelbagai isu membawa kebaikan kepada para penduduk dan pengundi pada sidang parlimen.

“Pada sidang parlimen kita tidak pernah mendengar beliau menyebut nama Gelang Patah. Apa kerja yang beliau buat untuk menjadi wakil di kawasan kita. Takkan pengundi di Gelang Patah nak beri beliau lagi peluang untuk menjadi wakil.

“Saya percaya pengundi di Gelang Patah baik dalam kalangan orang Melayu, Cina atau India sudah faham siapa yang patut dipilih dan menjadi wakil mereka,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohammad Khairi turut mengalu-alukan nama calon lain dari DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Saya ada dengar nama lain iaitu Zahid Ibrahim mahu bertanding di Gelang Patah.

“Kita alu-alukan sesiapapun calon DAP kerana kita yakin boleh menang. Kita sudah buat kajian dan ada strategi tertentu,” katanya.

Ditanya tentang kerusi Dun Skudai pula, beliau menjawab, sudah ada dalam gerak kerja jentera BN Gelang Patah untuk rampas, tawan dan pertahan (RTP).

“Kita mahu merampas Parlimen Gelang Patah semula, menawan dun Skudai dan pertahankan Dun Nusajaya yang telah ada wakil kita dan RTP itu menjadi slogan kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");