Perak Hari Ini

Penduduk Bantah, Ceramah Pembangkang Tiada Permit

TAIPING: Ceramah politik pembangkang, Jelajah Pakatan Harapan #Kamunting3.3 yang diadakan di kawasan perumahan Bukit Jana, Kamunting, malam tadi dilaporkan tidak mempunyai permit kebenaran.

Ia disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Taiping, Assisten Komisioner Mohamad Taib.

Malah, pentas ceramah yang diubah suai daripada sebuah lori treler dikatakan kedudukanya telah menghalang jalan masuk utama ke kampung ini.

Disebabkan itu sepasukan pihak polis, telah meminta pihak pengajur supaya mengubah kedudukan pentas ke lokasi lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong daripada DAP, Leow Thye Yih serta Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Hasnul Zulkarnain antara wakil penganjur yang ditemui cuba berunding dengan pihak polis.

Perbincangan antara kedua-dua pihak sekitar itu pada awalnya kelihatan sedikit tegang namun akhirnya penganjur terpaksa akur dan bertindak mengalihan treler berkenaan lebih kurang 100 meter dari kedudukan asal.

Difahamkan pihak polis bertindak demikian selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat berkenaan treler yang menghalang laluan utama serta penggunaan pembesar suara dilihat kurang sesuai digunakan  dikawasan perumahan.

Walau bagaimanapun, ceramah tetap berjalan namun pentas digantikan dengan sebuah kereta pacuan empat roda.

Seperti dijangka, kesemua pimpinan ahli politik pembangkang menuduh pihak berkuasa bertindak kononnya atas desakan kerajaan termasuk, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika sesi ceramah masing-masing.

Program turut dihadiri Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");