Jenayah

Penemuan Kepala Gadis Tanpa Badan Cetuskan Misteri

SRI AMAN: Penemuan kepala seorang gadis tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar, Skait Lama di sini petang semalam, masih menimbulkan misteri apabila identiti mangsa masih gagal dikenal pasti sehingga kini.

Ketua Polis daerah, Deputi Su­perintenden Othman Sulai­man berkata, pihaknya belum mendapat sebarang petanda atau bukti untuk mengenal pasti identiti wanita terbabit.

Menurutnya, hal ini kerana belum ada mana-mana pihak atau keluarga yang tampil membuat laporan berhubung kehila­ngan ahli keluarga yang mungkin mempunyai kaitan dengan penemuan kepala mangsa, mes­kipun kes tersebut sudah pun disiarkan oleh media massa.

“Bedah siasat bagi menge­tahui punca kematian mangsa akan dilakukan sama ada di Hospital Sri Aman atau Hospital Umum Sarawak di Kuching, esok.

“Setakat ini, kita masih me­nunggu orang ramai tampil melaporkan tentang ahli keluarga yang hilang dan membuat pengecaman terhadap kepala tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 4.30 petang semalam, pen­duduk yang tinggal berham­piran Sungai Batang Lupar di Skait Lama gempar apabila me­nemukan kepala wanita tanpa badan terdampar di tebing su­ngai berkenaan.

Mayat mangsa berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya itu, mempunyai rambut diwarnakan kuning dan mirip berketurunan Cina tetapi belum dapat disahkan kesahihannya.

– Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");