Perak Hari Ini

Sultan Perak, Permaisuri Rasmi SK Proton City

TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim hari ini berkenan mencemar duli berangkat merasmikan Sekolah Kebangsaan Proton City, dekat sini.

Keberangkatan Baginda dan kerabat diraja diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiauasa Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengetua, Salmi Ali, serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Ketika berucap menyampaikan sembah ucapan, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Aminudin Adam, yang mewakili Menteri Pendidikan berkata, Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan elemen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mana ianya perlu diterapkan dan diperluas ke semua sekolah seluruh negara bagi menjayakan transformasi pendidikan negara pada masa hadapan.

Katanya, PAK21 menekankan pembelajaran yang berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan penyediaan bilik darjah yang sesuai disusuli dengan Pelaksanaa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

“PAK21 bukanlah semata-mata berpaksikan teknologi tetapi lebih menjurus kepada pendekatan yang mengalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikirkan kritis dan komunikasi,” ujarnya.

Usai sembah ucapan, Sultan Nazrin berkenan mencemar duli merasmikan sekolah berkenaan dengan menyempurnakan gimik pelancaran serta menandatangani plak perasmian dan memukul gong.

Baginda, diringi tetamu kehormat kemudiannya berkenan berangkat melawat persekitaran serta meninjau pamerkan perkembangan SK Proton City.

Sekolah yang berkeluasan 4.05 hektar ini mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada 2010, dengan kos RM12 Juta.

SK Proton City mempunyai 27 buah kelas, menempatkan 764 murid serta 48 guru dan 5 staf sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");