Perak Hari Ini
Like

Perodua Axia, Lebih 200 Hadiah Menarik Menanti Warga Ipoh Yang Bertuah

March 14, 2018
397 Views
0 Comments
1 minute read
Perodua Axia, Lebih 200 Hadiah Menarik Menanti Warga Ipoh Yang Bertuah

IPOH: Jumlah nilai pembayaran cukai taksiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada tahun ini mengalami peningkatan sebanyak 4.55% ataupun 5,913 bil berbanding tahun lalu.

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man berkata jumlah bayaran pada tahun 2017 hanya melibatkan bil setahun sebanyak 129,882 dan bagi tahun ini pula ia meningkat kepada 135,795 bil.

Jelasnya, antara penyumbang kepada peningkatan ini ialah inisiatif MBI dalam meraikan pembayar-pembayar cukai menerusi program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran yang disambut baik setiap ahli warga bandaraya ini.

Ujarnya, cabutan akan dibuat sebelum menjelang 28 Februari, setiap tahun.

“Kita juga menyediakan (saguhati) untuk cabutan awal yang mana ia melibatkan sebanyak 35 ribu unit.

“Pada hari ini kita sempurnakan untuk 230 cabutan yang lain, untuk hadiah yang sudah diketahui. Dan (ini termasuk dengan) 30 cabutan yang akan kita buat kali kedua bagi merebut hadiah utama iaitu (sebuah kereta Perodua) Axia,” katanya.

Tambahnya lagi, cabutan hadiah utama tersebut mungkin akan disempurnakan pada penghujung bulan ini ataupun awal April.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai merasmikan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Bangunan MBI, di sini, pada Rabu.

Ketika menyampaikan ucapan dalam program berkenaan Zamri tidak menolak kemungkinan MBI akan menyediakan hadiah yang lebih lumayan dalam cabutan bertuah ini jika sambutan warga kota semakin positif pada masa hadapan.

Selain Perodua Axia, para pembayar cukai yang bertuah bakal memenangi beberapa hadiah lain yang menarik antaranya TV Led pelbagai saiz, komputer desktop, sofa katil, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh pelbagai jenis, motosikal, basikal dan banyak lagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.