Berita Hari Ini

Rakyat Harus Syukuri Bantuan Kerajaan: Salleh

KOTA BELUD: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat wajar mensyukuri pelbagai bantuan yang diterima daripada kerajaan.

Ini kerana katanya kerajaan berusaha mengumpul dana secukupnya bagi memberikan bantuan tersebut.

“Ini (pemberian bantuan) dapat kita lakukan oleh kerana kerajaan sentiasa menentukan bahawa kutipan yang kerajaan dapat harus ada sebahagiannya dikembalikan untuk membantu secara langsung rakyat yang memerlukan.

“Sebab itu saya telah memberi penekanan betapa pentingnya bagi kita untuk mensyukuri atas bantuan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 2, Kota Belud di sini hari ini.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan, turut berpesan kepada PIBG di negeri ini supaya memainkan peranan membantu pihak sekolah dalam aktiviti memajukan pelajarnya.

Katanya semangat kekeluargaan di antara ibu bapa dan guru harus diperkukuh demi kepentingan pendidikan generasi muda yang merupakan aset negara menghadapi dunia tanpa sempadan dengan lebih cemerlang.

Seramai 801 pelajar sekolah itu menerima bantuan awal persekolahan.

Pada majlis itu, Salleh turut mengumumkan RM20,000 untuk kegunaan PIBG sekolah berkenaan menjalankan aktivitinya.

Beliau turut bersetuju untuk membantu sekolah berkenaan memperoleh sebuah bas untuk kegunaan sekolah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");