Sukan Hari Ini

Ronaldo Sertai ‘Kelab 300’ Messi

MADRID: Cristiano Ronaldo muncul pemain kedua berjaya meledak 300 gol La Liga selepas dua jaringannya membantu Real menewaskan Getafe 3-1.

Menurut laporan BH Online, Gareth Bale membuka jaringan di Santiago Bernabeu sebelum Ronaldo menyertai Messi dengan meledak gol ke-300 dan ke-301 hanya selepas 286 perlawanan La Liga. Messi memerlukan 334 perlawanan untuk mencapai jumlah yang sama.

Pemain Getafe Loic Remy dibuang padang pada minit ke-47 selepas dilayangkan kad kuning kedua tetapi pelawat masih cuba bangkit selepas ketinggalan 2-0, dengan Francisco menyempurnakan sepakan penalti selepas Nacho mengasari Jorge Molina.

Ronaldo bagaimanapun kembali menjarakkan kedudukan sekali gus memberikan keyakinan tinggi buat Real menjelang aksi timbal balik kelompok 16 Liga Juara-Juara bertemu PSG Selasa ini, di mana Real mendahului 3-1.

“Ia perlawanan yang kami harapkan,” kata pengendali Real Zinedine Zidane. “Kami melakukan persiapan rapi untuk perlawanan Selasa. Kami terpaksa bermain dengan rentak lebih tinggi, tetapi kami sudah bersedia.”

Dalam saingan La Liga, Real merapatkan jurang dengan Atletico Madrid yang menghuni tangga kedua kepada tujuh mata.

Bale turut merebut tempat untuk beraksi di Perancis dengan persembahan meyakinkan yang diiringi satu gol. Dia hampir menambah jaringan menerusi sepakan lencong tetapi terkena tiang.

Bale turut mencatat rekod sendiri apabila penampilan ke-117 La Liga menyaksikan dia mengatasi David Beckham sebagai pemain British paling banyak kap di liga berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");