Berita Hari Ini

Rotan Tindakan Akhir

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan hukuman rotan tindakan terakhir terhadap pelajar selepas amaran dan denda dilaksanakan dalam usaha membendung masalah disiplin dan salah laku di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menegaskan tindakan merotan tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya.

Menurutnya, tindakan itu juga seiring prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka untuk pengurusan sekolah di mana ia mewujudkan persekitaran terbaik dalam melahirkan modal insan.

“Oleh itu, kita ada tiga proses iaitu proses pertama amaran. Amaran adalah apabila pengetua atau guru besar berpendapat jenis salah laku kelakuan murid ia kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat, maka ada amaran.

“Lepas amaran, proses denda, selepas proses denda ada penahanan. Selepas proses-proses ini selesai baru ada hukuman rotan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor Sinar Harian.

Beliau berpendapat, pimpinan sekolah iaitu guru besar atau pengetua harus ada pendekatan memaklumkan kepada ibu bapa selepas segala proses ini telah dilakukan.

Kamalanathan berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Pasir Puteh) yang bertanya mengenai ancaman dan risiko dialami guru, termasuk menerima saman mahkamah ketika menjalankan tugas untuk mendidik pelajar.

Tambahnya, tanggungjawab mendidik pelajar adalah amanah yang perlu dipikul segenap masyarakat, berbanding meletakkan bebanan terbabit di bahu guru.

Katanya, kementerian turut menyediakan garis panduan, SOP kerja lengkap bagi memastikan keselamatan dan kebajikan guru serta murid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");