Isu Panas

‘Saya Berani Berdepan Sesiapa Saja’ – Mah Siew Keong

PUTRAJAYA: Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, bersedia berdepan siapa saja jika dipilih sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yakin akan mengekalkan kerusi berkenaan berdasarkan khidmat yang diberikannya kepada masyarakat Teluk Intan sejak lebih tiga tahun lalu.

Katanya, walaupun DAP menganggap Teluk Intan adalah kerusi yang mudah ditawan, parti itu tidak boleh memandang rendah kesan usaha Barisan Nasional (BN) membawa pembaharuan dan kemajuan di Teluk Intan sejak menawan kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2014.

“Saya tahu DAP percaya Teluk Intan adalah kubu kuat mereka kerana menang pada PRU-12 (2008) dan PRU-13 (2013).

“Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya terus bertanding di Teluk Intan. Saya akan teruskan kerja dan rakyat akan buat penilaian. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa saja boleh bertanding dalam pilihan raya. Namun, saya bersedia menghadapi cabaran walau siapa pun lawan saya.

“(Walau siapa pun calon DAP) saya berani berhadapan dan tidak akan lari, selain akan tetap (bertanding) di Teluk Intan jika mendapat restu dan diberi mandat pucuk pimpinan BN.

“Keputusan akhir (penentuan calon) adalah di pihak tertinggi BN tetapi saya harap, saya diberi kepercayaan untuk bertanding sekali lagi di Teluk Intan.

“Walaupun kita (BN) menang pada PRK 2014 hanya dengan 238 undi, saya yakin kita mampu memberi saingan kepada DAP,” katanya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong semasa menyampaikan anugerah kepada Siti Nor Hafizah Muhamad (dua dari kanan) ketika majlis Perhimpunan MPIC & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan turut bersama timbalannya Datuk Datu Nasron Datu Mansur (kiri) di Dewan Serbaguna MPIC. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan bertanding di Parlimen Teluk Intan bagi PRU-14.

Pada PRU-12, Siew Keong tewas kepada calon DAP, M Manogaran dan sekali kalah lagi pada PRU-13 kepada calon DAP, Seah Leong Peng.

Bagaimanapun, Siew Keong berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRK 2014 apabila menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");