Isu Panas

Sharizat Bukan Calon Parlimen Sungai Besar

SABAK BERNAM – Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil dijangka tidak dipertaruhkan sebagai calon kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Shahrizat telah menyatakan pendirian beliau untuk memberi fokus untuk memperkuat jentera sayap wanita Umno.

“Ini bagi memastikan pilihan raya yang akan datang semua Parlimen yang menang akan mendapat majoriti besar dan yang kalah kita dapat rampas kembali,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balai Raya Batu 50 Pasir Panjang, di sini, semalam.

Jamal berkata, biarpun beliau bersungguh-sungguh ingin membawa Shahrizat bertanding di Parlimen itu, namun tetap akur dengan keputusan terbabit.

“Akhirnya ahli-ahli parti akur tentang apa yang ingin saya lakukan.

“Saya ucap terima kasih kepada seluruh ahli Umno terutamanya jentera BN di Parlimen Sungai Besar ini yang memahami hasrat yang ingin saya lakukan, walaupun tercicir di tengah jalan.

“Bagi saya, ini adalah satu kejayaan kerana jika tidak ada cadangan tersebut, mungkin kami di sini masih belum bergerak sampai ke tahap sebegini,” katanya.

Mengulas mengenai tular di media sosial berhubung gegantung yang agar beliau bertanding di Parlimen atau Dun di bahagian terbabit, Jamal berkata, sebagai ahli parti beliau menyerahkan perkata itu kepada pucuk pimpinan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Sungai Besar ini kerana saya lihat dalam beberapa hari ini tular tentang pengundi dan masyarakat setempat  mahukan saya menjadi calon.

“Kalau sudah ditakdirkan atau pun saya menjadi calon (PRU14), saya bersiap sedia kerana bukan hari ini saya datang ke Sungai Besar tetapi sudah 4 atau 5 tahun ini kerja-kerja untuk hadapi pilihan raya kita sudah laksanakan.

“Selain itu, Umno bahagian juga telah mengemukakan tiga hingga empat nama calon kepada Umno Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Parlimen Sungai Besar dan dua Dun iaitu di Sungai Panjang dan Sekinchan,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");