Isu Panas

SKMM Panggil Pemimpin PAS

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, memberikan kenyataan berhubung penyebaran artikel pengurusan hasil negara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Bendahari Dewan Ulama PAS itu mengesahkan beliau diminta hadir ke ibu pejabat SKMM jam 10.30 pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Penyebaran artikel mengenai pengurusan hasil negara dikaitkan secara palsu dengan pihak dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan menggunakan artikel saya yang disiarkan di portal HarakahDaily pada 2015.

“Saya diminta hadir bagi tujuan rakaman percakapan untuk membantu siasatan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Artikel bertajuk `Gagal Urus Belanja Negara, Rakyat Jadi Mangsa GST Zalim’ itu disebar secara bermusim sejak 2015, termasuk melalui aplikasi WhatsApp dan platform media sosial kononnya daripada pihak LHDN.

Bahagian Komunikasi I, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN membuat penafian terhadap artikel yang mengaitkan LHDN pada 12 Oktober lalu.

Berikutan itu, aduan rasmi dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna SKMM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");