Jenayah

Suami Isteri Ditahan Miliki Dadah

PASIR MAS: Polis merampas 31 gram syabu dan 70 biji pil kuda berjumlah RM2,910 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang di sini pada  6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pasangan suami isteri yang ditahan ini berusia 32 dan 35 tahun.

“Penahanan pasangan suami isteri ini telah membawa kepada penemuan dadah berjumlah RM2,910,” katanya.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah dan mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.

Katanya, manakala isterinya yang merupakan warga negara Thailand negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai buruh manakala isternya suri rumah.

“Siasatan awal suspek didapati terlibat dengan pengedarah dadah sejak setahun lalu,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Abdullah berkata, kes disiasat bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dalam serbuan kedua di Kampung Limbat, Bunut Susu pada 8 Mac pihaknya berjaya memberkas seorang warga emas yang dipercayai pengedar dadah.

Abdullah berkata, penahanan itu membawa kepada rampasan tiga gram herion berjumlah RM2,000.

Katanya, warga emas berkenaan yang bekerja sebagai buruh turut positif dadah dan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");