Jenayah

Suri Rumah Tak Mengaku Dera Anak Saudara

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini atas tuduhan mendera anak saudara lelakinya berusia 10 tahun sehingga lebam dan berbirat di seluruh badan dengan menggunakan wayar sambungan elektrik (extension wire), minggu lalu.

Memetik laporan Utusan Online, Norazatul Akmal Zakaria, 35, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Ibu dua cahaya mata itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak saudaranya yang berusia 10 tahun 10 bulan didakwa melakukan penganiayaan, pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkan mangsa boleh mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan HP 3/1A Hill Park 2, Kajang, dekat sini kira-kira pukul 7.30 pagi, 8 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah sebagai tambahan kepada hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1) memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas suatu kesalahan menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah dan khidmat masyarakat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa dan keluarga mangsa sehingga kes selesai selain menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");