Perak Hari Ini

Tindakan Senator PKR Sindir MB, Boleh Guris Hati Pekerja Bawa Lori Sampah

SERI MANJUNG: Kelantangan Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik yang dengan nada sinis mengkritik usaha Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, turun padang mengutip dan membawa lori sampah dalam satu ceramah politik di Kamunting minggu lalu, boleh mengundang rasa tidak selesa dikalangan pekerja yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembersihan.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata pihak pembangkang sering mengkritik segala gerak kerja kerajaan negeri dan pada masa sama terlupa akan kritikan mereka itu akan mengguris hati pihak yang lain.

“Ia seolah-olah memberi suatu pandangan penghinaan kepada mereka yang bekerja membersihkan bandaraya kita.

“Jika menyebut tentang keperluan mengutip sampah tapi saya sendiri tidak menunjukkan contoh, nanti orang akan cakap saya ini hanya tahu cakap sahaja, tetapi tidak buat.

“Puak-puak ini akan mengkritik apa sahaja sehingga lupa kritikan itu akan menyentuh perasaan yang lain,” katanya kepada media dalam satu program Pemukiman Parlimen Lumut, di Kampung Pencalang, dekat sini, pada Khamis.

Siti Aishah dalam sesi ceramahnya di program Ceramah Jelajah Pakatan Harapan #Kamunting3.3 pada Ahad lalu telah menyindir dan mengkiritik usaha Zambry dalam memastikan inisiatif Perak Yang Bersih tercapai.

“Zambry, kamu boleh kekal bawa lori sampah. Selepas ini kita akan hantar lori sampah kepada dia, kerana itu kerja kamu selepas pilihanraya,” katanya pada ceramah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");