Jenayah

Warga Bangladesh Bogel Dalam Pesawat Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh menimbulkan kekecohan dalam pesawat apabila berbogel dan menyerang kru penerbangan.

Insiden berkenaan berlaku dalam sebuah pesawat tempatan yang dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun itu, yang juga penuntut sebuah Universiti swasta di Cyberjaya, bertindak berbogel ketika pesawat baru berlepas dan turut bertindak memeluk dua kru penerbangan sebelum menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya.

Kru penerbangan dengan bantuan penumpang pesawat kemudian memakaikan pakaian lelaki terbabit dan mengasingkannya di tempat duduk berlainan sebelum mengikatnya kerana dia berada dalam keadaan tidak terkawal.

Wakil syarikat penerbangan berkenaan, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian itu.

“Kami mengesahkan kejadian yang berlaku dalam pesawat berkenaan dan kru penerbangan sudah mengambil langkah keselamatan ketika kejadian berlaku, mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menjamin keselamatan dalam pesawat,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau memaklumkan, lelaki berkenaan kemudian ditahan pihak berkuasa Bangladesh sejurus pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka.

“Penumpang berkenaan sudah ditahan dan diambil tindakan oleh polis Bangladesh. Pihak syarikat penerbangan sentiasa mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");