Isu Panas

40 Kerusi Terengganu Sah Tiga Penjuru

KUALA TERENGGANU – Semua 40 kerusi di Terengganu sah menghadapi saingan tiga penjuru melibatkan calon dari BN, Pas dan Pakatan Harapan.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR di lapan pusat penamaan selepas semua calon bertanding selesai menyerahkan borang permohonan masing-masing pagi tadi.

Penyerahan borang permohonan mula dibuka jam 9 pagi dan pengumuman pengesahan calon bertanding dibuat kira-kira jam 12.30 tengahari lapor Sinar Harian.

Proses penamaan calon melibatkan ketiga-tiga parti di Terengganu berjalan lancar tanpa sebarang insiden negatif.

PRU14 mencatatkan sejarah tersendiri dengan kali pertama 40 kerusi yang dipertandingkan melibatkan tiga penjuru dari tiga parti politik.

Tiada calon bebas bertanding pada kali ini.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Pada PRU13, BN memenangi 17 kawasan Dun dan 4 Parlimen manakala kerusi selebihnya dimenangi Pas dan satu PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");