Perak Hari Ini

Bantahan Akar Umbi PKR Perak Anggap Perkara Biasa

IPOH:Parti Keadilan Perak (PKR) menyifatkan tindakan protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh akar umbi sebagai senario biasa yang berlaku menjelang proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Pengerusi PKR Negeri Perak, Dr Lee Boon Chye berkata PKR merupakan satu parti yang demokratik dan menghormati setiap perbezaan pendapat dan idea daripada semua pihak.

“Saya lihat sendiri sidang media dilakukan ketua cabang semalam yang khuatir mengenai kerjasama Parti Peribumi Bersatu dan Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad namun kita tegaskan di sini kita komited untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan serta terus memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal calon Perdana Menteri selepas kemenangan PRU kali ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan lima cabang PKR Negeri yang khuatir dengan pembahagian kerusi melibatkan parti Bersatu semalam.

Sementara itu, Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Siti Aishah Shaikh Ismail berkata pihak kepimpinan negeri sentiasa mengambil maklum mengenai pandangan akar umbi malah mereka berhak untuk menyuarakan pandangan.

“Kami telah bercakap sendiri dengan kesemua ketua cabang dan mereka bersetuju akan balik untuk membantu PKR dan pihak kepimpinan tidak mengambil perkara itu sesuatu yang serius.

“Fokus kita adalah untuk mendapatkan kemenangan bagi negeri ini dan kita mensasarkan kemenangan itu pastinya ada ruang untuk mereka juga mengisi tempat dalam kerjaan negeri jadi tidak timbul isu lagi,” katanya.

Katanya lagi, pihak kepimpinan juga tidak berhasrat mengenakan sebarang tindakan kepada pihak tersebut kerana PKR sentiasa terbuka kepada sistem demokrasi selain mendengar setiap kritikan dilontarkan oleh akar umbi.

Mengulas mengenai insiden membakar bendera di Padang Rengas, jelas Aishah ia juga disebabkan pemilihan calon bagaimanapun satu pasukan khas telah dihantar bagi menenangkan akar umbi di kawasan tersebut.

“Setakat ini akar umbi 80 peratus yang sebelum ini menolak telah menyatakan kesepakatan mereka calon yang dipilih isu adalah keluhan akar umbi namun sama sekali tidak menjejaskan persiapan parti di Padang Rengas.

“Senario itu perkara biasa berlaku menjelang hari penamaan walaupun kita kesal dengan tindakan mereka tetapi kita menghormati demokrasi ..saya yakin dengan usaha pimpinan negeri boleh tangani masalah tersebut

“Ketegasan kami adalah berdiri teguh dengan Pakatan Harapan tidak timbul isu ketidakpercayaan dengan rakan komponen lain parti malah kami akan masuk PRU dalam satu pasukan dan memenangi PRU sebagai satu pasukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");