Perak Hari Ini

BN Tepati Janji Di Teluk Intan

TELUK INTAN: Kira-kira 2,000 orang penduduk Kampung Bahagia, dekat sini boleh menarik nafas lega apabila projek membaik pulih dan menaiktaraf sistem perparitan kawasan mereka telah berjaya disempurnakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif yang dijanjikan kerajaan itu sebagai bukti bahawa Barisan Nasional (BN) sentiasa menepati janji dan kehadapan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Jelasnya, atas aduan yang diperoleh Ahli Parlimen Teluk Intan penggal lalu, Datuk Seri Mah Siew Keong, kerajaan negeri dan persekutuan, menerusi beberapa agensi antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) telah berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah banjir yang dihadapi penduduk setempat.

“Dilaporkan bahawa kawasan di sini, akibat daripada pembangunan, ada yang rendah dan ada yang ditinggikan. Ia menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan sempurna.

“Pada waktu itu, dan juga semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan, kita berjanji akan menyelesaikannya. Dan kini, ianya dapat disempurnakan,” katanya.

Selain sistem perparitan baharu, usaha membina dan menaiktaraf Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia juga salah satu bukti keprihatinan kerajaan pimpinan BN.

“Sekolah ini adalah salah satu janji kita sebelum ini, yang mana untuk kita bina sebuah sekolah di kawasan ini, sebagai tambahan terhadap sekolah-sekolah lain di sini.

“Ia berikutan permintaan dan juga akibat daripada pertambahan bilangan jumlah penduduk di kampung ini dan kita berjaya melaksanakannya dalam tempoh beberapa tahun sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Membaik Pulih dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Kampung Bahagia, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan dan Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Datuk Hasim Hasan.

Projek yang menelan kos RM1.17 juta itu telah mula dibangunkan pada November 2017 dan siap pada 10 April tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");