Perak Hari Ini

BRIM Hasil Negara Saya Pulangkan Pada Rakyat-Najib

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan cara terbaik bagi memulangkan keuntungan yang diperolehi Negara kepada rakyat adalah melalui pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M).

Katanya, pengumuman kenaikan jumlah BR1M adalah bukti prinsip yang dipegangnya bahawa hasil tambahan akan dipulangkan semula kepada rakyat.

“Apabila saya bentangkan manifesto dengan 364 inisiatif bawah 14 teras banyak orang kata mereka tak kisah sangat kerana mereka tahu kita boleh buat tetapi apa mereka ingat bila saya umum BRIM naik.

“Saya naikkan BRIM kerana apa? Kerana saya nak tegakkan prinsip bahawa bila kita urus tadbir dengan baik urus kewangan dapat tokok tambah dengan pentadbiran berhemah,bila harga minyak naik, bila ada hasil tambah BN mesti pulangkan balik pada rakyat,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri Malaysia di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 5,000 orang penyokong tegar BN dari Parlimen Pandang Rengas, Kuala Kangsar Sungai Siput dan Parlimen Lengong hadir mendengar amanat pemimpin nombor satu negara itu.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan BN negeri.

“Apa cara terbaik untuk pulangkan pada rakyat adalah melalui BRIM kerana BRIM terus masuk zaman dulu kita projek sampai mana? jalan kampung pun depan rumah kita zaman pemimpin 93 tahun setakat itu sahaja zaman saya masuk sampai ke dapur sebab apabila kita bagi BRIM sampai ke dapur.

“Salah ke saya bagi BRIM dia mula kata dedak macam bagi makanan pada ayam atau itik lepas itu kata rasuah beli undi alih-alih manifesto pembangkang ada BRIM kutuk-kutuk tapi ada pulak sebab rakyat marah dia dihina penerima BRIM,” katanya lagi.

Jelasnya lagi BRIM sama sekali bukanya bukan rasuah politik sebaliknya ia diberi pada semua sebagai satu tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan banyak negara menggunakan pendekatan BRIM dengan nama yang berbeza.

“Kadang-kadang kita bagi tunai mereka yang depan sekali tercegat di depan lebih awal daripada orang UMNO dan BN.

“Siapa kata kita kita pilih kasih kerana semua negara ada sistem tapi tidak panggil BRIM di Saudi Arabia dia masuk dalam akaun, Amerika panggil food stem, kita bagi tunai sebab nak pergi pasaraya pun boleh nak beli nasi lemak pon boleh nak buat apa pun boleh kerana atas tangan kita sebagai rakyat kita buat pilihan,” katanya.

Najib sekali lagi menepis dakwaan yang mengatakan negara akan bankrap dengan bukti pelbagai pencapaian yang diperolehi termasuk kenaikan BRIM, kenaikan gaji penjawat awam sebanyak dua kali yang diumumkan baru-baru ini serta bantuan kepada banyak pihak termasuk petani sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");