Isu Panas

Bukti Kepincangan Pembangkang

KOTA BHARU – Tindakan Nik Omar Nik Abdul Aziz mengumumkan bertanding di Dun Chempaka atas kapasiti Pakatan Harapan memberi gambaran jelas bahawa kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang kini amat serius.

Ketua Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, malah tindakan tersebut bukanlah satu kejutan memandangkan ia telah pun diperkatakan sebelum ini.

“Itu membuktikan betapa mendalamnya pecahan yang ada dalam pembangkang. Yang penting, BN berjalan dengan baik. Kita mengharapkan semuanya berjalan lancar dan kita harap kita akan melalui proses PRU yang teratur mengikut peraturan.

“Kita juga berharap rakyat akan dapat kerajaan yang benar-benar dapat berbakti kepada rakyat,” katanya pada proses penamaan calon di Majlis Daerah Ketereh lapor Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai strateginya bagi Parlimen Ketereh kali ini, beliau berkata, BN sedang melaksanakan agenda pembangunan yang cukup besar termasuklah projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat seluruh kawasan.

“Ketereh adalah kawasan potensi tinggi maka kita perlu rancang dari sekarang untuk jadikan kawasan ini kawasan yang memberi peluang yang banyak kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai PRU kali ini yang menyaksikan pertandingan lebih daripada tiga penjuru, Annuar berkata, ia merupakan satu kelainan dan rakyat akan dapat lihat dengan jelas nanti siapa yang lebih stabil dan kukuh untuk menjaga kebajikan mereka.

“Rakyat Malaysia adalah mereka yang bijak, dan inilah masanya untuk mereka gunakan kebijaksanaan mereka dalam memastikan kerajaan yang dipilih benar-benar mampu membantu mereka nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");