Perak Hari Ini

DAP Mahu Rebut 18 Kerusi DUN, 7 Parlimen Perak

IPOH: Wakil tunggal calon Melayu, Bekas Profesor Undang-Undang, universiti tempatan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dicalonkan DAP Perak bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Wisma Chin Woo dekat sini, pada Khamis itu dilihat sebagai salah satu langkah DAP Perak dalam merebut tujuh kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN.

Selain itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, dinamakan sebagai calon di Parlimen Teluk Intan selain dipertaruhkan bagi menduduki kerusi DUN Aulong.

Kawasan Parlimen Taiping yang pernah diwakilinya sebelum ini, kini diletakkan bekas ADUN Pokok Assam, Teh Kok Lim sebagai calon pada PRU14 kali ini.

Bagi DUN Kepayang yang pernah diduduki Kor Ming penggal lalu, DAP menamakan bekas Ahli Parlimen Kampar, Dr. Ko Chung Sen sebagai calon.

Kerusi Parlimen Kampar pula akan ditandingi penyandang Ahli Parlimen Ipoh Timur, Su Keong Siong.

ADUN Canning penggal lalu, Wong Kah Woh dinamakan pula sebagai wakil DAP di Parlimen Ipoh Timur.

Pada masa sama, mantan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dan Parlimen Beruas penggal lalu, Datuk Ngeh Koo Ham dikekalkan di kerusi masing-masing.

Pada PRU14, selain Abdul Aziz, DAP Perak turut dilihat mempertaruhkan lima lagi calon muka baharu antaranya, Jenny Choy di DUN Canning, Cheah Poh Hian di DUN Jelapang, Chaw Kam Foon di DUN Menglembu, Teo Yee Chern di DUN Astaka serta Chong Zhemin di DUN Keranji.

Turut diumumkan kerusi calon-calon DAP bagi kerusi DUN yang lain antaranya, Loh Sze Yee (Jalong), Ong Boon Piow (Bercham), Howard Lee (Pasir Pinji), A. Sivasubramaniam (Buntong) dan Paul Yong (Tronoh).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");