Perak Hari Ini

PAS Perak Umum Bertanding 19 Kerusi Parlimen, 44 Dun PRU-14

TAIPING:Pas Perak mengumumkan akan bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Perak.

Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Pas Negeri Perak di Markas Tarbiyyah Pas Perak Air Kuning di sini malam ini.

Pengerusi Pas Perak Razman berkata hampir keseluruhan calon adalah muka baru yang pelbagai latar belakang terdiri daripada golongan profesional,aktivis dan ulama.

“Terdapat tiga calon bukan Islam bertanding di satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN iaitu dari Dewah Himpunan Penyokong Pas (DHPP) iaitu bagi Dun Sungkai, Parlimen Kampar dan DUN Pasir Berdamar,”katanya dalam satu sidang media hari ini.

Antara calon yang diumumkan bakal bertanding di Kerusi Parlimen Lumut Mohd Zamri Ibrahim dan DUN Pangkor Zainal Abidin Saad.

Pas Perak turut menampilkan lima calon wanita di dua Parlimen dan tiga DUN iaitu antaranya Parlimen Bagan Serai Rohaya Bakar,DUN Ayer Kuning Salmah Ab Latif dan Parlimen Parit Najihatussalehah Ahmad.

Bagaimanapun masih terdapat dua calon bagi kerusi Parlimen termasuk kerusi Parlimen Beruas akan diumumkan kelak.

Turut tersenarai calon pada PRU-13 bagi DUN Selama Mohd Akmal Kamaruddin dan DUN Titi Serong Abu Bakar Husin.

Bagi Parlimen Pasir Salak diwakili Zafarul Azhan Zan Kuala Kangsar Khalili Idham Lim Abdullah dan Padang Rengas Mohd Azalan Mohamad Radzi.

Terdahulu pada ceramah Gelombang Hijau Perak di Seri Iskandar Isnin lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan beberapa nama calon antaranya Naib Presiden PAS Idris Ahmad diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Datuk, Ata Abdul Munim Hasan Adli sebagai calon PAS di Bagan Datuk Penyandang kerusi itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad bakal bertanding di Parlimen Parit, manakala Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dipilih bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");