Isu Panas

DAP Sarawak Guna Logo Roket : Bukti Pembangkang Pakatan Wayang, Macam Penjual Ubat

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Snowdan Lawan berkata, tindakan Dap yang tetap menggunakan lambang parti tersebut di Sarawak memperlihatkan betapa tidak konsistennya gabungan parti pembangkang di mana ia jelas memperlihatkan bahawa sememangnya pembangkang adalah pakatan wayang yang tidak mampu untuk bersepakat biarpun dalam isu penggunaan satu logo untuk bertanding di dalam pilihanraya umum ke 14 ini.

Menurut beliau, biarpun pihak pembangkang hanya mempunyai empat parti di dalam gabungan mereka, namun mereka tetap gagal untuk mencapai kata sepakat di dalam banyak hal termasuklah dalam isu penggunaan logo untuk bertanding di dalam PRU ke 14 ini.

“Tidak seperti Barisan Nasional. Kita di dalam BN, mempunyai 14 buah parti berbilang bangsa. Namun kesepakatan ke semua parti di dalam BN utuh dan kukuh, kerana setiap keputusan yang kita ambil adalah secara konsensus dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Namun perkara ini tidak berlaku di dalam pakatan pembangkang. Walaupun hanya empat parti, namun jelas mereka gagal untuk berpakat. Ini disebabkan masing-masing mempunyai kepentingan politik kepartian mereka sendiri yang menyebabkan mereka selalu gagal untuk mendapat kata sepakat.

“Bagaimana kita mahu memberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dengan baik kepada parti yang tidak mampu untuk bersepakat dan masing-masing mahu menegakkan kepentingan dan ideologi kepartian sendiri.

“Kesepakatan dan keputusan bersama yang diambil secara konsensus demi kepentingan nasional dan semua pihak merupakan asas utama yang amat penting bagi untuk kestabilan pentadbiran sesebuah negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas berhubung keputusan Dap Sarawak untuk terus kekal menggunakan logo parti di mana ia bercanggah dengan keputusan kepimpinan tertinggi PH untuk menggunakan logo PKR bagi kesemua parti di dalam PRU ke 14 ini.

Tambah beliau lagi, Dap Sarawak tidak berani untuk menggunakan logo PKR kerana bimbang pengundi-pengundi Cina yang mereka doktrin selama ini dengan isu-isu kaum akan beralih undi memandangkan imej PKR yang merupakan sebuah parti yang berketuakan pemimpin Melayu.

“Dap Sarawak tahu, kalau mereka guna logo lain selain daripada logo Dap, mereka akan ditolak oleh pengundi-pengundi Cina. Sebab itulah, mereka mahu juga menggunakan logo Dap di Sarawak. Dap Sarawak lebih yakin untuk menang jika mereka terus menggunakan logo parti berbanding logo PKR.

“Mereka ini macam jual ubatlah. Kalau tukar logo, mungkin ubat yang mereka jual itu tidak laku lagi sepertimana ubat yang dilekatkan dengan logo asal. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, maka mereka terpaksa kekalkan logo lama.

“Bagaimanapun saya yakin, rakyat dan pengundi di Sarawak matang dan rasional dalam memilih parti mana yang benar-benar stabil untuk mentadbir negeri berbanding dengan parti yang sentiasa caca merba, kucar kacir, tidak sepakat dan seringkali bertelagah sesama sendiri,” ujarnya.

— MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");