Jenayah

Polis Siasat Komen Jelik Kepada TMJ

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata sehingga jam 9 malam tadi, pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara itu.

Katanya, bagaimanapun polis tidak boleh mendedahkan berapa laporan dibuat bagi memberi ruang siasatan dijalankan terlebih dahulu.

“Kami ada terima laporan (berhubung komen terhadap kenyataan TMJ) dan siasatan sedang dijalankan. Itu sahaja saya boleh maklumkan ketika ini. Berapa jumlah laporan saya tidak dapat kongsikan buat ketika ini.

“Polis akan siasat kes ini seperti biasa dan menyiapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khalil berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk menjaga tatasusila dan budi bahasa terutama ketika membuat komen dalam media sosial.

“Ini kerana komen dalam laman sosial tertakluk pada akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kalau kita beri ulasan atau komen dengan menggunakan bahasa jelik, adalah pasti ia melanggar undang-undang,” tambahnya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");