Panasnya Hari Ini

‘Datuk Seri Jangan Lari Lagi’

Krisis siapa bakal jadi calon di Parlimen Tambun terungkai apabila pucuk kepimpinan Barisan Nasional membuat keputusan untuk mencalonkan semula Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Walaupun desas desus sebelum ini kononnya pencalonan Husni mendapat tentangan hebat dari UMNO bahagian namun ketika diumumkan nama Husni sebagai calon oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tiada tentangan dibuat.

Malah kedengaran, laungan ‘Datuk Seri Jangan Lari Lagi’ dilaungkan mungkin oleh anggota parti di bahagian Tambun.

Bagaimanapun, sokongan padu dari UMNO bahagian Tambun nampak masih wujud terhadap Husni.

Apa yang diharapkan Husni dapat mengambil hati anggota parti yang kecewa dek kerana tindakan drastik beliau sebelum ini.

Dan kepada anggota UMNO bahagian Tambun diharap tiadalah unsur sabotaj terhadap Husni.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");