Berita Hari Ini

ECRL Peluang Besar Kepada Usahawan Tempatan

KUANTAN: Pelaksanaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu melonjakkan ekonomi di negeri ini seterusnya memberi manfaat kepada usahawan tempatan untuk menyumbang dalam sektor industri berkaitan.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang, Ghafar Lambak berkata, atas kesedaran itu, pihaknya menentang tindakan pembangkang yang mahu membatalkan ECRL jika mereka menang pada PRU14.

Menurutnya, peluang peniagaan bakal terbuka luas kerana projek ECRL memberi limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan seperti peniagaan makanan, sewaan rumah dan tanah.

Usahawan tempatan juga katanya dapat memajukan industri binaan, dan syarikat pembekalan dapat merebut peluang.

“Saya yakin, pelbagai peluang baru juga akan muncul di peringkat awal pembinaan sehingga ke fasa operasi nanti selain banyak peluang pekerjaan dapat dilihat di dalam pelaksanaannya

“Kos ECRL yang dijangka sebanyak RM 55 billion ini bakal direbut antaranya oleh peniaga tempatan dan ini bakal juga memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Ghafar berkata, banyak peluang boleh direbut bukan sahaja dalam membekalkan bahan binaan tetapi juga kepada pelbagai industri tempatan lain.

“PKMM Pahang turut mengambil peluang daripada 30 peratus yang ditawarkan kepada kontraktor tempatan selain terbabit dengan beberapa projek yang bersesuaian.

“Kami juga mencadangkan agar agihan projek kepada kontraktor kecil diberikan secara undian dan tidak mengganggu masa juga tempoh pembinaan projek ECRL ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof menegaskan supaya ECRL tidak dipolitikkan pihak tertentu selain menyifatkan tindakan membatalkan projek mega itu sebagai langkah ke belakang.

“Projek pembangunan dan ekonomi ini tidak harus dijadikan mainan politik apatah lagi kita sedia maklum PRU14 semakin dekat.

“Jika dilihat impak positif daripada ECRL ini, DPMM Pahang melihat peluang keemasan untuk kontraktor dan pembekal dalam industri berkaitan untuk merebut peluang,”katanya.

Yusri berkata, kesan jangka panjang terhadap perkembangan industri ini perlu dilihat lebih jauh agar negara mampu seiring dengan negara – negara lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");