Isu Panas

Itu Hak Nik Omar

TUMPAT: “Sesiapa saja boleh bertanding, itu kebebasan dan dia (Nik Omar) berkelayakan, tiada masalah jika dia bertanding,” kata Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimana pun Ahmad engan mengulas lanjut apabila ditanya dengan penyertaan Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai calon Amanah akan mengkhianati perjuangan allahyarham Tok Guru merupakan ayahnya. (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Itu terpulang kepada keluarga dia (Nik Omar), saya enggan ulas lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesainya penamaan calon bagi parlimen Tumpat di pusat penamaan calon Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Ahmad bertanding di Dun Pasir Pekan merupakan kerusinya selama enam penggal dan lawannya dari BN adalah calon baru, Wan Mohd Sanusi Wan Yunus manakala calon Harapan juga calon baru iaitu Wan Mohd Johari Wan Omar (Amanah).

Parlimen Tumpat menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Tumpat dan tiga Dun iaitu di Dun Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor, Pasir Pekan dan Dun Kelaboran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");