Isu Panas

Itu Semua Khabar Angin – Azmin

Beliau berkata, dakwaan kononnya beliau menghantar senarai calon pilihan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, adalah khabar angin semata-mata.

“Itu cuma khabar angin. Saya tidak akan beri maklum balas kepada khabar angin.

“Proses pemilihan calon dalam PKR sangat telus dan saya tidak hantar sebarang nama pilihan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera PKR Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, senarai calon PKR di negeri itu dibuat bersama kepemimpinan PKR Selangor.

Katanya, senarai calon dikemukakan oleh PKR negeri sebelum disemak manakala calon dinilai daripada peringkat cabang.

“Senarai itu adalah daripada PKR negeri, jangan buat spekulasi,” katanya.

PKR dilaporkan berdepan krisis apabila senarai calon parti itu di Selangor yang didakwa dikemukakan oleh Mohamed Azmin, ditolak Dr Wan Azizah.

Difahamkan, Mohamed Azmin mengemukakan lapan nama antaranya Tian Chua, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Yaakob Sapari, Hanizah Mohd Talha dan Gan Pei Nie.

Sementara itu, Dr Wan Azizah ketika ditemui dalam majlis sama berkata, PKR akan melakukan saringan terakhir senarai calon PRU-14 atas nasihat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ada saringan untuk proses calon. Kita akan lakukan saringan terakhir dengan nasihat daripada Anwar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");