Perak Hari Ini

Kerajaan Sasar 50 Peratus Rakyat Miliki Diploma, Ijazah Menjelang  TN50

HUTAN MELINTANG:Kerajaan mensasarkan 50 peratus golongan belia dan remaja di negara ini memiliki kelayakan di peringkat diploma dan ijazah menerusi Transformasi Nasional (TN50).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam usaha menuju ke arah negara maju tahap ilmu dikalangan rakyat perlu diperkasakan menerusi sektor pendidikan.

“Kerajaan berhasrat untuk melihat sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia memiliki diploma dan ijazah dalam memastikan Malaysia menuju negara maju,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian penutup Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 di Sekolah Menengah Hutan Melintang di sini hari ini.

Malah jelasnya, semua perbezaan pendapat perlu diketepikan dan berkerjasama demi meningkatkan status sosial rakyat Malaysia.

“Semua kaum perlu bersama-sama kerajaan untuk melipatgandakan usaha agar TN50 dapat dilakukan,” katanya.

Penganjuran JPB 2017 kali ini lebih menarik apabila program ini melibatkan penyertaan lebih 30 institusi pendidikan malah sebanyak 60,000 permohonan berjaya diproses dan ditawarkan mengikut kelulusan
Program aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu akan menjelajah ke lokasi terpilih termasuk Sabah dan Sarawak, dengan matlamat mencari pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran berpeluang melanjutkan pelajaran.
JBP 2017 adalah kesinambungan program JPB 2016 yang dianjurkan bersama Yayasan Destinasi Anak Bangsa (YDAB), Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Koprojaya.

Program diterajui Pengerusi Jawatankuasa Induk JBP, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga bekas Naib Canselor UiTM, telah mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenal pasti dan membantu kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, ia turut mengenal dengan lebih dekat dan terperinci kumpulan sasar seperti pekerjaan, jumlah pendapatan dan tanggungan mereka.

Sekolah Hutan Melintang menjadi lokasi terakhir
penganjuran JBP 2017 setelah menjelajah ke 44 lokasi yang bermula pada 11Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");