Perak Hari Ini

Ketua Cabang Keadilan Perak Khuatir Bersatu ‘Highjack’ Gerakan Reformasi

IPOH:Lima ketua cabang Parti Keadilan Perak tampil menyuarakan ketidakpuasan hati berkaitan dengan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan Parti Pribumi BERSATU Malaysia (Bersatu).

Menurut Ketua Cabang Parit, Usaili Alias ia turut berkaitan penggunaan satu logo pada PRU-14 mewakili Pakatan Harapan yang tidak diputuskan secara bersama dengan akar umbi parti.

“Kami mula berasa curiga apabila kepimpinan memberi kebenaran logo Parti Keadilan oleh parti lain kerana perjuangan yang begitu panjang disebalik penubuhan parti dan begitu mudah diberikan hak kepada parti lain termasuk Bersatu.

“Kita minta kepimpinan fikirkan kerana ia maruah dan imej kita keadilan yang berjuang selama ini dengan mudah memberi kepada parti lain Barisan Nasional (BN) juga tidak membenarkan parti lain menggunakan simbol dacingnya kita pula mudah sahaja,” katanya.

Sementara itu bagi,Ketua Cabang Tapah, Adanan Talib secara peribadi tidak mempercayai terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bertindak menggunakan logo parti Keadilan dalam PRU-14.

“Orang pakai dan pinjam saya secara peribadi membantah logo digunakan oleh Bersatu, belum cukup setahun menubuhan telah memecah-belahkan parti Keadilan.

“Masuknya Parti Bersatu banyak kerusi dimiliki Keadilan telah dikorbankan tanpa justifikasi terutama perseptif Perak andainya Bersatu wujud tetapi sekadar adik kecil kepada kita dan abang seperti di Tapah sendiri kita dengan rela beri kerusi Parlimen dia dapat pula DUN sedangkan Keadilan sudah berada di sana sejak 1999 lagi.

“Perlu persepakatan tetapi kini lebih kepada dominasi, mengecewakan ahli dibawah ia satu liabiliti saya tidak kecewa tidak menjadi calon tetapi biar adil kerana saya masih berpegang kepada konsep reformasi malah saya khuatir Bersatu dipimpin Dr Mahathir Mohamad akan ‘Highjack’ gerakan reformasi iaitu bukan hanya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tetapi mengubah seluruh kepimpinan negara. Calon yang menang juga saya tidak percaya takut dia menang boleh jual kerusi itu,” katanya.

Bagi Ketua Cabang Lengong, Id Azlan Shah Banyamin pula turut memohon kepimpinan mendengar hasrat dan cetusan rasa suara akar umbi yang diwakili ketua cabang masing-masing

Ketua Cabang Gerik, Kaha Othman pula berkata senario yang berlaku ini mencerminkan bahawa kepimpinan gagal untuk turun padang memperjelaskan isu sebenar yang berlaku.

“Saya telah bekerja di Gerik selama lima tahun tapi langsung tidak diambil kira barang bukti yang saya telah tunjuk tidak difahami pemimpin atasan sehinggalah satu kerusi Parlimen dan dua Dun di Gerik diberikan kepada Parti Bersatu, apakah saya perlu katakan kepada akar umbi? Begitu kecewa sekali, mereka lupa perjuangan akar umbi.Pemilihan ini amat tidak mengikut apa yang akar umbi harapkan dan calon payung terjun akan muncul.

“Jadi ada peluang dalam masa sehari dua ini supaya pemimpin sedar bahawa akar umbi memangkah bukan pemimpin seorang yang menentukan kemenangan,” katanya.

Bagi ketua Cabang Kuala Kangsar, Md Khair Mohd Zainal pula mengakui kecewa apabila tiket kerusi kepada Ketua Wanita tidak diberikan hak seperti yang dijanjikan.

“Sekiranya di dalam parti sendiri gagal mempertahankan prinsip bagaimana rakan-rakan parti lain boleh menghormati,sampai sekarang bilik gerakan kami juga telah ditutup,” katanya.

Mengulas sama ada mereka bersedia menerima sebarang tindakan daripada parti kerana menyuarakan pendapat sedemikian jelas mereka kesemuanya berada dalam sistem demokrasi dan berhak menyuarakan pendapat supaya pihak kepimpinan mengubah pendirian.

Difahamkan berikutan gabungan Pakatan Harapan itu sebanyak lima kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun telah diberikan kepada Bersatu dan Parti keadilan hanya memperolehi 14 kerusi Dun dan lima kerusi Parlimen yang masih belum diumumkan secara rasmi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");