Perak Hari Ini

Ketua Peneroka Seru Anak Felda ‘Kembali Ke Pangkal Jalan’

MUALIM: Segelintir pihak dikalangan generasi kedua Felda yang ‘termakan’ dengan hasutan pembangkang digesa untuk ‘kembali ke pangkal jalan’, kata Timbalan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff.

Ujarnya, anak-anak peneroka, khususnya yang kini sudah mengapai kejayaan dalam pelbagai bidang harus mengenang kembali jasa-jasa kerajaan yang telah membantu menaiktaraf kehidupan keluarga mereka selama ini.

Beliau yang juga Ketua Peneroka Felda Wilayah Trolak berkata  inisiatif kerajaan mewujudkan Felda ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat meningkatkan ekonomi peneroka khususnya yang tinggal di pinggir-pinggir desa.

“Saya dahulu, tinggal di kampung, menoreh di kebun milik orang. Dan jika saya tidak ikut ayah saya ke rancangan tanah Felda, mungkin saya tidak bersekolah ataupun tidak berjaya seperti sekarang.

“Mereka ini, apabila sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dan kini sudah berjaya, tiba-tiba, serang kita balik. Ianya bukanlah sesuatu yang baik,” katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, kebanyakkan penduduk Felda masih lagi berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menabur jasa kepada mereka.

Tambahnya, atas keprihatinan kerajaan juga, kebanyakkan penduduk Felda kini sudah memiliki rumah yang jauh lebih selesa malah ada antara mereka yang kini mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

“Pemberian yang kita dapat ini kita ingat dan kita akan membalas budi kepada kerajaan yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di Bangunan UMNO Slim River, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");