Perak Hari Ini

Kolej Komuniti Lenggong Mampu Lonjak Sektor Pelancongan

LENGGONG:Kolej Komuniti Cawangan Lenggong diharap mampu menjadi katalis dalam usaha melonjakkan sektor pelancongan dan juga pembangunan sektor pertanian di kawasan setempat.

Ahli Parlimen Lenggong penggal sebelum ini,Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kewujudkan sebuah lagi kolej komuniti tersebut di negeri ini dapat membantu menjayakan perancangan kerajaan negeri dan pimpinan masyarakat setempat.

“Kita tahu kawasan ini diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia bagi membolehkan pengiktirafan itu bernilai jika perlu membawa institusi yang ada hubung kait dengan apa yang kita rancang.

“Berikutan itu bidang kursus ditutmakan iaitu bidang pelancongan dan pengembaraan yang mana kita rancang untuk membolehkan semua pemain industri di kawasan ini baik dalam bidang pelancongan dan industri kecil dan sederhana (IKS)diberikan tambah nilai dengan peningkatan ilmu dan kemahiran tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Kolej Komuniti Cawangan Lenggong oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di sini hari ini.

Beliau yang merangkap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selain usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran turut diberi penekanan ialah peningkatan nilai tambah kepada produk yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.

Jelasnya lagi, pihak komuniti setempat akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk swasta bagi melaksanakan perancangan lebih baik kepada kawasan Lenggong.

“Kita akan lakukan pelbagai kolaborasi dengan beberapa pihak swasta lain supaya kita lebih agresif kerana sudah sampai masanya kita mesti membuat merancang lebih baik daripada yang dibuat sekarang untuk merancang bandar ini,” katanya.

Sementara itu antara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran pelajar warga emas Asiah Ahmad 70 tahun yang mengikuti krusus jangka pendek bagi kursus teknik melabel produk.

Asiah ketika ditemui berkata minatnya yang mendalam untuk mempelajari pelbagai ilmu mendorongnya mengikuti kursus tersebut hari ini.

“Memang susah sikit untuk belajar komputer tetapi ia menyeronokkan dan saya tidak rasa terbeban kerana semua pihak seperti tenaga pengajar banyak membantu,” katanya.

Kolej Komuniti Cawangan Lenggong kini beroperasi di sebuah bangunan milik Majlis Daerah lenggong dan merupakan kolej komuniti ke-14 dibangunkan di negeri ini.

Kolej ini turut menawarkan sijil sepenuh masa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan selama 16 bulan dan beberapa kursus jangka pendek seperti kursus pembuatan mee kuning dan ukiran buah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");