Sukan Hari Ini

Kuantan FA Sah Digugurkan

TEKA-teki masa depan Kuantan FA dalam Liga Malaysia (Liga M) terlerai, demikian disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Menurut badan pentadbiran Liga M itu, berikutan salah laku tidak hadir dalam perlawanan Liga Perdana menentang PDRM dengan tidak memaklumkannya kepada sekretariat MFL, maka satu surat telah dihantar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memaklumkan bahawa Kuantan FA telah melanggar peraturan pertandingan dan perlembagaan MFL.

Sehubungan itu, Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan musim ini berkuatkuasa serta-merta.

Menurut kenyataan MFL itu lagi, pada musim ini, sebanyak empat mesyuarat telah diadakan di antara Kuantan FA dan MFL, dengan mesyuarat pertama diadakan di pejabat MFL pada 21 Februari lalu berhubung penajaan baru.

Sehubungan itu, dua mesyuarat lagi diadakan pada 14 Mac sebelum MFL kali terakhir memberi pandangan dan bantuan dalam menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pasukan di bawah kendalian jurulatih, Ismail Zakaria, itu pada 6 April.

“Pihak MFL dan Kuantan FA sentiasa berhubung dari semasa ke semasa. Tidak hadir ke perlawanan dengan tidak memaklumkan kepada sekretariat adalah satu kesalahan besar yang dilakukan oleh mereka.

“Pelanggaran peraturan ini bukan sahaja melibatkan kos liga, malah menjejaskan kos operasi pihak lawan dan juga penaja-penaja yang telah melabur jutaan ringgit kepada mereka.

“Jadi, keputusan untuk menggugurkan Kuantan FA dalam liga adalah satu keputusan yang tepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");