Jenayah

Lelaki Suka Berpakaian Wanita Ditahan

SUBANG JAYA: Seorang lelaki mempunyai hobi suka memakai pakaian wanita ditahan selepas menceroboh sebuah rumah di Jalan PJS 9/24, Bandar Sunway, di sini dan mencuri pakaian wanita, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu polis menemui tujuh pakaian wanita pada lelaki berusia 25 tahun terbabit yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata ketika pihak polis membuat rondaan cegah jenayah di lokasi, mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pemerhatian dan intipan yang dibuat mendapati seorang lelaki sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan di Jalan PJS 9/24, sebelum bertindak menceroboh masuk ke sebuah rumah dengan memanjat pagar bahagian hadapan.

“Daripada pemerhatian yang dibuat, suspek mengambil beberapa helai pakaian lalu memanjat keluar dengan membawa pakaian yang diambil dari rumah berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beliau berkata, pegawai operasi dan anggota menghampiri serta mengepung suspek di luar pagar rumah sebelum berjaya menangkap suspek dan merampas tujuh pakaian di tangannya.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku mencuri pakaian berkenaan dengan memberi alasan mempunyai hobi suka memakai pakaian wanita selain mengaku sebelum ini pernah mencuri pakaian wanita di Kapar, Perak, ketika dia tinggal di sana.

“Pegawai operasi juga membuat pemeriksaan di dalam bilik sewa suspek dan lelaki berkenaan menyerahkan beberapa helai pakaian wanita yang dicurinya pada tahun lalu, namun tidak dapat mengingati lokasi kejadian,” katanya.

Mohammad Azlin berkata, tempat kejadian tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya akan menghubungi pemilik rumah bagi membuat pengecaman mengenai pakaian yang dirampas manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");