Perak Hari Ini

Manifesto PH Perak: Tiada Idea Baru?

IPOH:”Tiada idea baru ke mereka?, begitu ulasan Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi mengenai pelancaran manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) oleh Pakatan Harapan (PH) Perak di sini semalam.

Jelas Nolee, isu berkaitan pengisytiharaan harta melibatkan Menteri Besar dan exco adalah perkara yang sering dibawakan oleh pihak pembangkang malah menjadi topik perdebatan setiap kali persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Manifesto Pakatan Harapan ini bukannya perkara baru yang dibawakan malah sering kali dibawa sebagai satu isu untuk mencari populariti serta kerap diperdebatkan di sidang dewan,” katanya ketika dihubungi Perak Today hari ini.

Katanya tindakan tersebut sekadar mencari populariti semata.

Sementara itu mengulas mengenai akur janji manifesto Pakatan Harapan yang ingin memastikan jawatan Menteri Besar dihadkan kepada dua penggal perlu dilaksanakan terlebih dahulu di negeri yang ditakluki mereka.

“Kita lihat Pulau Pinang tak buat begitu juga Selangor, praktik dahulu sebelum mereka jadikan ia satu realiti.

“Sekiranya Pakatan Harapan menang di Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memasuki penggal ketiga sebagai Ketua Menteri, jadi dia sudah tidak boleh bertanding untuk DUN cuma di Parlimen sahaja, jadi kita lihat,” katanya.

Terdahulu Pakatan Harapan (PH) Perak melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di sini malam ini, yang menggariskan lima teras merangkumi 31 janji sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Manifesto bertemakan ‘Bersama Harapan Perak Kembali Gemilang’ itu dilancarkan oleh Setiausaha Kehormat PH Nasional Datuk Saifuddin Abdullah dan majlis itu turut dihadiri Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Asmuni Awi, serta Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Lima teras itu ialah kebajikan dan ekonomi rakyat; amanah dan integriti; keadilan sosial dan demokrasi; budaya ilmu dan penyelidikan; alam sekitar dan komuniti.

PH Perak turut menggariskan 10 dasar tumpuan antaranya bantuan khas warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya serta veteran tentera dan polis; penubuhan institusi pembangunan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan ketrampilan komuniti wanita daripada pelbagai aspek pengurusan diri, keluarga dan kerja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");