Jenayah

Mayat Dari Tingkat Enam

JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong sampah berhampiran kawasan pemunggahan barang dekat sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 1 petang tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat enam pusat beli-belah itu.

“Kami menemui satu botol minuman keras dan kesan tapak kasut pada dinding di aras berkenaan,” katanya dalam kenyataan media lapor Berita Harian.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menemui Toyota Innova milik bapa lelaki berkenaan di aras enam itu.

Katanya, hasil semakan, lelaki berasal dari Kampung Baru, Senai itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");