Perak Hari Ini

‘Memang Kita Keluarkan Tanah…’ – Zambry

IPOH: Seramai 97 orang penduduk Ulu Chemor, hari ini berjaya menerima geran hak milik Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RPB) dan pada masa sama,  200 penduduk Ulu Samak, pula berjaya menerima surat tawaran RPB.

Baki 60 orang dari Ulu Chemor akan turut menerima geran masing-masing, setelah bayaran urusan pemilikan geran mereka diselesaikan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian geran dan surat-surat tawaran tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam terus membantu mendapatkan hak-hak tanah untuk rakyat.

Jelasnya, tidak sepertimana yang digembar-gemburkan pembangkang, inisiatif ini dilakukan dengan sistematik serta mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

“Ia sudah diproses sekian lama. Sebagaimana yang dibangkitkan pembangkang, ini lah yang kita buat. Keluarkan tanah, wartakan, dan kita beri kepada rakyat yang mana kebanyakkan mereka ini telah berada di satu-satu kawasan itu hampir 20 ke 30 tahun,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Serahan Geran dan Surat Tawaran kepada peserta yang hadir di Dewan Komuniti Chemor, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir, Mantan ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Mantan ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, Mantan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Shahrul Azam Shaari.

Ketika berucap merasmikan majlis, Zambry berkata walaupun kerajaan negeri sentiasa bekerja membantu rakyat namun pihak pembangkang tetap tidak berpuas hati malah dengan secara berterusan menghentam kerjaan negeri setiap masa dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

“Kita buat ini untuk rakyat. Apabila mereka mahu senarai nama yang menerima tanah-tanah ini, bayangkan, berapa puluh ribu nama dikalangan rakyat yang berjaya menerima nikmat ini yang hendak disenaraikan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata kesemua usaha ini telah dijalankan sekian lama  di seluruh daerah termasuk di kawasan Gerik, Pengkalan Hulu, Pasir Salak, Tanjung Malim, dan sebagainya.

Selain itu, Zambry turut menasihati agar tanah-tanah yang dimiliki ini harus dijaga dan diusahakan sebaik mungkin agar ianya dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Sebelum ini, Penasihat DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa permansuhan status 3,847 hektar Hutan Simpan Kekal di Perak oleh kerajaan negeri adalah atas tujuan dana Pilihanraya Umum

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");