Membawang Hari Ini

Dugaan Waris Atasi Sifat Panas Baran

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Waris mengakui masih berusaha keras mengikis sifat panas baran, biarpun sudah pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya.

Pemilik nama sebenar, Muzammil Alias itu berkata, dia kesal kerana gagal mengawal emosinya apabila berdepan ujian ketika menunaikan umrah buat kali kedua di Tanah Suci Makkah, bulan lalu.

“Saya ke sana membawa niat untuk membuang sifat panas baran. Biarpun cuba sedaya upaya mengawalnya, saya tewas apabila berlaku insiden yang membuat gagal mengawal kemarahan.

“Saya nyaris bertumbuk dengan lelaki Arab kerana menghalang laluan saya untuk mengucup Hajarul Aswad. Mujur ada pengawal yang menarik kami keluar untuk meleraikan ketegangan.

“Saya kesal kerana tidak mampu menahan sabar apabila diuji di Tanah Suci. Namun, saya bersyukur kerana hasrat untuk mengucup Hajarul Aswad akhirnya dimakbulkan Allah selepas solat Isyak pada hari sama,” katanya lapor Berita Harian.

Penyanyi Gadis Jolobu itu berkata, dia juga diuji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Ketika dalam pesawat untuk aktiviti ziarah di Turki, kaki kiri saya tiba-tiba bengkak. Saya tidak boleh pakai kasut yang dibawa dan terpaksa membeli sepatu baharu,” katanya.

Di sebalik semua dugaan itu, Waris bersyukur semua urusannya di sana dipermudahkan. Waris ke Tanah Suci ditemani isteri dan ahli keluarganya seramai sembilan orang untuk berkongsi rezeki.

“Sudah lama saya berhasrat untuk membawa keluarga dan mentua ke sana. Lebih lima tahun saya menyimpan duit untuk melunaskan niat itu. Saya mahu menggembirakan keluarga dengan cara ini.

“Kita pun tidak tahu bila lagi akan mendapat rezeki menjadi tetamu-Nya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");