Berita Hari Ini

Menarik! Gaya KJ Jelaskan Manifesto ‘Jaminan Orang Muda’

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan pada Sabtu lalu mengandungi 14 akujanji sebagai tawaran kepada rakyat negara ini, untuk terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Semua akujanji yang digariskan di dalam manifesto menjamin bahawa tiada pihak yang akan dipinggirkan daripada dasar BN termasuklah kanak-kanak, wanita, Bumiputera, penduduk di Sabah dan Sarawak, pelajar, usahawan dan pekerja, serta sesuatu menarik turut menanti golongan muda.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan buat pertama kalinya BN membentangkan manifesto khusus untuk generasi muda yang diberi nama sebagai Jaminan Orang Muda – JOM.

Selari dengan peredaran semasa, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO hari ini tampil dengan pendekatan yang cukup ‘berjiwa muda’ dan moden apabila menyiarkan satu rakaman video memperincikan jaminan kerajaan kepada golongan belia.

Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit 26 saat itu, Khairy yang mesra dengan panggilan KJ menjelaskan secara lebih mudah dan kreatif mengenai inisiatif-inisiatif yang disediakan kepada golongan muda sekiranya BN terus diberi mandat.

Bermula dari jaminan peluang pekerjaan dalam masa enam bulan, KJ menyusuri satu-satu ‘perjalanan’ kehidupan golongan muda sama ada di bandar mahupun di luar bandar dengan akujanji antaranya; meningkatkan pendapatan dan kemahiran golongan muda, memperkasa belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan, meluaskan penggunaan YEN sebagai portal sehenti untuk usahawan-usahawan muda, meringankan beban pasangan muda yang mahu berkahwin sehinggalah kepada pemilikan rumah sendiri.

Dengan gaya-gaya bersahaja, KJ turut menyampaikan mesej kepada golongan muda supaya menyambut dan menjulang peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita pastikan tiada siapa yang ketinggalan, yang penting golongan muda yang membawa Malaysia ke TN50. Ini masa kita, semalam, hari ini dan esok, kerajaan sediakan peluang, kita sambut dan julang. Ini Jaminan Orang Muda,” kata Khairy.

Rata-rata netizen memuji kaedah yang digunakan BN itu kerana ia dilihat lebih mudah dan menarik untuk mendekati golongan muda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");