Sukan Hari Ini

Nauraj Iringi Hup Wei Ke Final

GOLD COAST: Nauraj Singh kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengiringi Lee Hup Wei ke final acara lompat tinggi Sukan Komanwel di Stadium Carrara, sebentar tadi.

Nama Nauraj pada mulanya digugurkan kerana berdasarkan sistem kiraan semula, atlet berkenaan gagal melepasi percubaan pertama dan kedua pada paras 2.15m dan 2.21m.

Apatah lagi hanya 12 peserta terbaik dibenarkan menyertai aksi final, membuatkan kedudukan Nauraj dalam ‘bahaya’ meskipun kedua-duanya melepasi paras 2.21m.

Selepas pengurusan atlet olahraga diketuai Zainal Abas mengadakan perbincangan dengan penganjur, mereka kemudiannya memutuskan tidak menggunapakai sistem itu, sekaligus membenarkan 13 atlet termasuk Nauraj bertanding di final.

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");