Isu Panas

Pakatan Harapan Umum Logo Bersama Esok

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dijangka mengumumkan penggunaan logo bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pasir Gudang, Johor, esok.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah membuat keputusan logo yang akan digunakan nanti namun, enggan mendedahkan pada umum sekarang.

“Kita akan guna satu logo yang akan diumumkan esok, tetapi kita tidak kata logo mana.

“Kita sudah buat keputusan tetapi hanya akan diumumkan esok di Pasir Gudang,” katanya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Pakatan Harapan selepas mesyuarat khas bersama pemimpin pakatan pembangkang tersebut di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, selain membincangkan isu tersebut pihaknya juga membincangkan mengenai isu status pendaftaran Pakatan Harapan dan berkenaan pembubaran sementara PPBM oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");