Perak Hari Ini

Pelancaran Manifesto BN Perak Berubah Tarikh Pada Sabtu

IPOH: Tarikh pelancaran Manifesto BN Perak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang sepatutnya berlangsung Rabu ini telah berubah tarikh dan dijangka berlangsung 21 April, Sabtu ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata perubahan tarikh tersebut berikutan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Negeri Perak pada tarikh tersebut.

“Kita pada mulanya menjangkakan pelancaran pada hari Rabu tetapi memandangkan kehadiran Perdana Menteri ke Perak maka tarikh akan dianjakkan dan setakat ini seperti yang dirancang majlis pelancaran manifesto akan dianjurkan pada hari Sabtu.

“Mohon maaf atas kesulitan setakat ini seperti dirancang adalah hari Sabtu di Kediaman Menteri Besar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah Ulu Kinta,di sini hari ini.

Terdahulu majlis tersebut dihadiri lebih 1000 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak daripada pelbagai jawatan antaranya seperti jururawat, pegawai pakar perubatan yang turut tidak melepaskan peluang bergambar swafoto bersama Menteri Besar.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Hassan Merican dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Sementara itu, Zambry turut mengulas berkaitan dengan elemen manifesto PRU-14 yang mempunyai pelbagai unsur baru serta kejutan tersendiri.

“Bagi manifesto, pelbagai aspek ditekankan termasuk berkaitan dengan kesihatan merupakan teras yang akan dimasukkan dalam manifesto dan kita mahu memberikan sesuatu yang lebih praktikal kerana kita sedia maklum bidang kesihatan berada dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan namun kita ada beberapa pendekatan bagi memastikan konsep kesihatan yang lebih menyeluruh akan bincangkan serta dilaksanakan bersama pihak kerajaan.

“Kejutannya kita akan lihat nanti sebagai kerajaan kita bertanggungjawab mengurus dan menyediakan manifesto praktikal dan jelas bukan menabur janji sebaliknya apa yang kita sediakan manifesto yang benar-benar praktikal sifatnya,” katanya.

Jelasnya lagi, elemen baru yang terdapat dalam manifesto merangkumi dasar serta hala tuju pembangunan negeri Perak amnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");