Sukan Hari Ini

‘Pengadil Tak Adil’

GOLD COAST: Harapan Malaysia untuk layak ke separuh akhir Sukan Komanwel berkecai apabila tewas tipis kepada juara Asia, India 1-2 pada perlawanan peringkat Kumpulan B di Stadium Hoki Gold Coast, hari ini.

Harmanpreet Singh meletakkan India di depan pada minit ketiga dan ke-44 manakala Faizal Saari meledakkan gol negara selepas menyempurnakan hantaran dari Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-16.

Gol kemenangan India mencetuskan kontroversi apabila pengadil menukar keputusan daripada pukulan sudut kepada pukulan sudut penalti selepas merujuk video.

Ia adalah pukulan sudut keempat disempurnakan oleh Harmanpreet buat pasukan yang menduduki ranking keenam dunia di temasya kali ini.

“Pertahanan kami sangat kuat dan kami berusaha keras untuk menyerang serta mengikut rentak permainan pasukan India. Seluruh pasukan begitu kecewa kerana mereka sudah berusaha sehabis baik.

“Kami tidak bersetuju dengan keputusan pengadil yang menyebabkan India mendahului selepas menjaringkan gol kedua.

“India juga banyak kali terselamat daripada beberapa insiden lain,” kata jurulatih negara Stephen Van Huizen.

India dan England mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengumpul tujuh mata dengan Malaysia dan Pakistan, meraih tiga mata.

Malaysia akan turun bertemu Pakistan esok pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi penentuan tempat ketiga kumpulan.

Sekiranya Malaysia menamatkan aksi di kedudukan ketiga kumpulan ia akan melayakkan pasukan negara beraksi untuk klasifikasi tempat kelima keseluruhan.

Sasaran pasukan adalah untuk memperbaiki pencapaian tempat ketujuh empat tahun lalu di Glasgow.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");