Isu Panas

DAP Mengkhianati Ahli Sendiri

KUALA LUMPUR: Keputusan DAP bertanding di bawah satu logo disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada penyokong parti berkenaan.

Bekas pemimpin DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata DAP akan kehilangan undi kerana rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan.

“Ahli dan penyokong tegar DAP tidak berpuas hati dengan langkah DAP kali ini dan mereka mewakili peratusan besar sokongan daripada masyarakat orang Cina.

“Ramai penyokong yang berasa seperti dibelakangkan oleh tindakan ini kerana mereka tidak putus menyokong DAP selama ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tunku Aziz turut berkata, penggunaan bendera PKR juga dilihat sebagai DAP untuk memancing undi Melayu.

“Ini membuktikan DAP tiada identiti politik yang kuat dan boleh meninggalkan identiti serta prinsip mereka pada bila-bila masa.

“Sebelum ini, mereka (DAP) bekerjsama dengan PAS untuk meraih undi Melayu. Sekarang mereka memecahkan hubungan antara mereka dan tiada persefahaman lagi.

“Sokongan orang Melayu sudah hilang, dan sekarang mereka perlu mengambil ‘ polisi insurans’ yang baru untuk memastikan mereka dapatsokongan orang Melayu. Satu-satunya cara adalah bertanding di bawah bendera PKR,” katanya.

Turut berkongsi pendapat sama, bekas Ketua DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang melihat langkah itu sebagai pengkhianatan terbesar yang dilakukan oleh parti berkenaan.

“Sebagai bekas ahli DAP yang berada dalam parti selama 18 tahun, saya sudah berbincang dengan banyak ahli DAP yang terdahulu dan sekarang. Mereka sangat tidak berpuas hati dengan perkara ini.

“Malah anggota pengasas DAP, Dr Chen Man Hin yang berusia 93 tahun sangat kecewa apabila DAP memutuskan untuk tidak menggunakan logo roket untuk bertanding. Mengapa keputusan ini boleh dibuat?” katanya.

Beliau juga menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng jika beliau sebenarnya bimbang dengan pemilihan jawatankuasa eksekutif parti yang menyebabkan penggunaan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya lagi, parti itu ingin meraih undi Melayu dengan menggunakan logo PKR dan ini hanya akan menipu orang Melayu.

“Ramai orang yang tidak berpengalaman dalam politik akan tertipu. Mereka sudah mengkhianati ahli DAP, dan kini hanya menunggu untuk menipu pengundi Melayu untuk mengundi mereka, “katanya.

Beliau turut mempersoalkan kepimpinan DAP kerana begitu mudah dan pantas bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan beberapa ahli DAP digunakan untuk menyerang Tun M dan sekarang mereka semua tidur bersama di atas katil yang sama.

“Apa motif utama mereka? Adakah mereka semua bimbang jika kerajaan yang memerintah sekarang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semua skandal mereka akan terbongkar?” katanya.

Beliau menyeru pengundi Melayu supaya tidak terpengaruh dan ditipu oleh pembangkang yang gagal memenuhi janji yang dibuat.

Pada 5 April lalu, DAP mengesahkan tidak akan menggunakan logo “roket” pada di PRU14 untuk semenanjung Malaysia.

Parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1965, adalah untuk membezakan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");