Sukan Hari Ini

PKNP Kecewa Jaringan Minit Akhir

PKNP FC sudah di ambang tiga mata, namun jaringan minit akhir Muhammad Nurridzuan Abu Hassan meranapkan impian skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu apabila diikat seri 1-1 dengan PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.

Menurut Abu Bakar, keputusan itu memang mengecewakan tetapi beliau berharap pemainnya tidak berputus asa kerana umur liga masih lagi panjang.

“Memang kecewa. Pemain pun kecewa. Bayangkan 10 saat sebelum tamat perlawanan, tandukan Nurridzuan mengikat kami. Inilah bola sepak. Selagi wisel penamat tidak ditiupkan, apa-apa pun boleh berlaku,” ujarnya, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Namun, secara dasarnya, pengendali itu berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan semalam.

“Pemain-pemain telah berusaha keras. Kami sedar kesebelasan utama PKNS mantap dengan menurunkan semua lima pemain import, ditambah dua naturalisasi.

Ini memberi memberi tekanan dari awal dan kelebihan fizikal yang dimiliki PKNS memang menyukarkan penyerang PKNP.

“Namun, taktikal berdisiplin bila menyerang dan bertahan serta sabar menunggu peluang berjaya dimanafatkan oleh Muhammad Mohd Safar untuk mendahului gol awal hingga ke minit terakhir perlawanan diikat 1-1 oleh PKNS. Saya harap pemain dapaat belajar daripada pengalaman ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");