Perak Hari Ini

Calon Wanita Kerusi Dun Titi Serong Tak Gentar Dengan Calon Lelaki

PARIT BUNTAR:Calon Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Serong, Norsalewati Mat Norwani yang menjadi satu-satunya calon wanita di Daerah Kerian bertanding bagi kerusi itu mewakili Barisan Nasional menyifatkan tiada masalah baginya selaku calon wanita bersaing dengan pencabarnya yang merupakan calon lelaki.

Beliau yang merangkap Ketua Wanita Umno bahagian Parit Buntar, sebaliknya berkata penglibatannya dalam kepimpinan Bahagian selama 20 tahun melaksanakan tugas cukup membantu bagi berhadapan dengan calon pembangkang.

“Saya juga anak tempatan dua lagi calon berasal luar daripada Parit Buntar dan sudah pastinya saya lebih dekat kawasan Dun Titi Serong pastinya saya lebih memahami denyut hati pengundi.

“Latar belakang saya ada fokus dalam bidang pendidikan sosial akademik begitu juga calon Parlimen akan bangunkan kembali Parit Buntar yang disifatkan ketinggalan sejak 10 tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon bagi kerusi Parlimen dan Dun Parit Buntar di Pejabat daerah dan Tanah Kerian hari ini.

Jelasnya, tidak timbul sebarang masalah baginya sebagai calon wanita kerana tiada perbezaan dalami setiap kerja yang dilaksanakan.

“Saya mengharapkan pengundi di Dun Titi Serong memberi peluang kepada saya satu-satunya calon anak tempatan yang menetap di Parit Buntar dan tidak akan keluar ke tempat lain,” katanya.

Bagaimanapun Norsalewati mengakui peluang untuk menang itu ada namun tidak mudah seperti yang disangka dan memerlukan kerja keras.

Norsalewati bakal bertemu calon Titi Serong dari Pas, Abu Bakar Hussain dan calon muda Pakatan Harapan, Hasnul Zulkarnain Abd Muniam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");